Jenayah siber
Internet
merupakan alat komunikasi terkini dan merupakan wadah penyebaran pelbagai
maklumat yang terdiri daripada maklumat ilmiah, maklumat hiburan sehinggalah
maklumat global. Disebabkan penggunaan internet memudahkan lagi kehidupan kita
dan menjadi tumpuan orang ramai tidak kira usia, bangsa atau agama,
berjuta-juta laman web telah dibuat bagi memenuhi keperluan pengguna.
Bermacam-macam maklumat disebarkan
melalui internet sama ada maklumat tersebut benar atau salah, pelbagai idea
disebarkan malahan juga pornografi.
Ketidakkawalan
lambakan maklumat ini membolehkan sesiapa sahaja melihat dan membacanya malahan
kanak-kanak juga turut menjadi penonton kepada lambakan maklumat yang tidak
berfaedah. Melalui internet juga fitnah boleh berlaku kepada individu yang
tidak bersalah dan akan menjadi bahan cemuhan kepada pengguna internet yang
tidak peka akan kebenarannya. Hal demikian menjadikan internet tergolong
daripada wadah jenayah siber.
Antara
jenayah siber yang kerap kali berlaku adalah penipuan, kerosakan atas
pengubahsuaian ke atas program atau data computer, kecurian maklumat, menyalin
perisian tidak sah, pengintipan, skim cepat kaya yang tidak bertauliah,
pornigrafi, penyebaran virus dan penggodam atau “ hacker”. Jenayah ini
berleluasa disebabkan sukar untuk mengesan penjenayah disebabkan penjenayah
boleh menipu identity mereka di dalam laman siber.
Jenayah-
jenayah siber tersebut menjadikan pengguna internat berhadapan dengan risiko
dan terdedah kepada bahaya. Telah dilaporkan oleh cybersecurity jenayah siber
pada tahun 2011 telah meningkat sebanyak 88%. Berbanding pada tahun lepas
sebanyak 8090 kes dilaporkan dan pada tahun 2011 sebanyak 15218 kes yang telah
dilaporkan.
Persoalannya
bagaimanakah jenayah ini boleh berlaku pada zaman yang penuh intelektual ini,
apakah cara untuk mengatasi masalah ini, apakah perlu pemantauan penggunaan
siber dan apakah patut penggunaan internet ini diharamkan sekiranya kes-kes
jenayah semakin meningkat?

assalamualaikum.
ReplyDeleteIsu diatas amat membimbangkan pada zaman yang serba canggih ini. Apabila semakin maju sesebuah negara maka semakin canggih teknologi yang berjaya dihasilkan. Jenayah siber tidak kurang hebatnya semakin meningkat. Golongan penjenayah ini boleh menggodam data sesebuah negara.
b\Bagi pendapat saya, pihak kerajaan perlu membuat pemantauan secara berkala bagi setiap stesen pengkalan data. Selain itu, sebagai pengguna internet,seharusnya kita tidak mengisi maklumat dalam sesuatu iklan. Ini kerana banyak kes telah terjadi di mana maklumat mereka diguna oleh penjenayah tersebut untuk kepentingan mereka sendiri. Pengguna perlu meneliti dahulu samaada web tersebut benar.
Oleh itu, pihak kerejaan terutamanya perlu memantau setip iklan atau apa sahaja yang di keluarkan melalui Internet. tidak lah sampai mengharamkan penggunaan Internet kerana ada kelebihannya juga bagi mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.
MUHAINI MUHAMAD
A133317
Pada pendapat saya untuk pengharaman penggunaan internet adalah mustahil sekali untuk dilaksanakan. Pihak berkuasa wajarlah mengambil tindakan lebih tegas terhadap pihak-pihak yang melakukan jenayah siber ini. Sebagai pengguna juga perlulah mengambil langkah berhati-hati dengan jenayah siber ini. Jangan mudah terpedaya dengan tipu daya pihak-pihak berkenaan. Mangsa jenayah siber pula perlulah melaporkan dengan segera kepada pihak berkuasa.
ReplyDeleteNAMA : NURUL NADIA BT MOHAMED NOOR
NO. MATRIK : A 134147
Zaman yang bertukar ganti memperlihatkan kehidupan dan kepentingan seorang remaja dilihat tidak lebih daripada seorang kanak-kanak yang sedang membesar dan masih lagi ´kecil´ untuk mengerti apa-apa hal pun yang berkaitan dengan pentadbiran sesebuah Negara.
ReplyDeleteRemaja kini sering sahaja digambarkan sebagai golongan yang mudah terpengaruh dan sentiasa inginkan kebebasan mengikut perasaan mereka sendiri.Untuk mengellakkan semua ini berleluasa,sewajarnya, semua pihak memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini. Selain pihak berkuasa, ahli masyakarat turut memainkan peranan dalam memberi
maklumat, kesedaran dan juga pengajaran kepada para remaja tentang risiko dan juga bahaya dunia siber. Para ibu bapa, guru dan pihak sekolah harus turut memainkan peranan penting dalam mengawasi anak-anak mereka atau pelajar mereka yang
manjalankan aktiviti dalam talian serta tingkahlaku mereka.
NAMA:NAZATUL ATHIRAH BT ABDUL KHALIL
NO MATRIK:A133487
Assalamu'alaikum.
ReplyDeleteIsu jenayah siber ini acap kali didengari kerana dengan kemudahan internet kini membolehkan manusia untuk menggodam data setiap orang dan lebih-lebih lagi data sesebuah negara. Hal ini sangat membimbangkan kerana maklumat kedudukan sesebuah negara itu mampu dilihat oleh orang-orang yang ada keinginan di hatinya untuk menghancurkan negara tersebut.
Selain itu, penyebaran gambar-gambar serta video-video pornografi kini juga sudah tersebar dengan sangat meluas ke seluruh negara dan ini juga amat memudahkan si penjenayah siber ini untuk menyalahgunakan gambar dan video tersebut.
Pada pendapat saya, penggunaan internet ini tidak perlulah dimansuhkan atau diharamkan kerana semuanya bergantung kepada diri masing-masing dalam menyebarkan sesuatu maklumat itu. Jika baik caranya maka bermanfaatlah penggunaanya. Justeru itu, cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah kerajaan perlu menubuhkan suatu pusat khas untuk menapis setiap maklumat yang bakal di muat naik ke layaran internet serta mereka juga perlu 'block' maklumat tersebut sekiranya terdapat unsur-unsur yang negatif kepada masyarakat.
Sekian... :)
Nama: SITI ZAHARAH BINTI MOHD TUMARI
Matrik: A132516
assalamualaikum...
ReplyDeletesaya sangat setuju dengan saudari pemulis. Masalah jenayah siber kini makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Jika masalah ini tidak di ambil serius,masalah ini mungkin menjadi satu virus di kalangan kita. Saya ambil contoh baru-baru ini facebook dan twitter ahli politik telah di godam. Sepatutnya masalah ini tidak sepatutnya terjadi. Selain itu, jika anda masih ingat isu tergempar laman web FAM telah digodam oleh manusia yang tidak bertanggungjawap dan memalukan. Kerajaan perlu mencari insentif untuk mengelakkan perkara ini berulang lagi. Selain itu, pengguna perlu menukar katalaluan anda selalu agar susah untuk pengodam untuk mengodamnya..
sekian..wallahualam...
Nama: muhammad kamal bin kamarudin
No Matrik: A132733
Salam 2.38 pagi,
ReplyDeletePada hemat saya, jenayah siber ini merupakan satu bentuk jenayah baru pada masa kini. Jenayah siber ini tidak menggunakan senjata sebagaimana penjenayah versi klasik, tetapi mereka-mereka ini mengeksploitasi ilmu yang mereka ada untuk kepentingan peribadi.
Di sini, suka saya membawa contoh-contoh jenayah siber yang berleluasa masakini. Yang paling kerap kita lihat di Malaysia tercinta, adalah penyebaran klip video mahupun gambar-gambar berunsur lucah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Mangsa pula tidak mengira pangkat mahupun umur. Kemana hilangnya nilai ketimuran kita? Apakah disebabkan ingin mencapai sesuatu matlamat itu, kita sanggup mengabaikan prinsip yang dipegang selama ini?
Dalam hal ini, peranan kerajaan itu amat penting dalam mengadili perkara ini tanpa mengira latar belakang si mangsa. Sepatutnya, kerajaan yang telah dipilih, tidak bergerak atas nama parti ketika mendapat mandat memerintah, sebaliknya bergerak atas nama Kerajaan Malaysia. Jika mereka bergerak atas nama parti, maka tidak mustahil rakyat yang berbeza ideologinya itu akan dipinggirkan. Adilkah ini? Seolah-olah, kerajaan seperti ini tidak jauh beza dengan penjenayah siber tersebut.
Nama :Ahmad Afiq Bin Khalil
No. matrik:A135374
jenayah siber merupakan perkara yang sangat serius,
ReplyDeleteperkara ini berlambakan disebabkan masyarakat kini yang sudah hilang jati diri tetapi untuk menghentikan penggunaan internet adalah mustahil,bukan hanya teknologi sahaja yang perlu lebih canggih,tapi kita juga perlu jadi lebih baik.
Teknologi semakin canggih dan manusia juga semakin bijak. Namun sistem pendidikan kita pada hari ini hanya mementingkan kejayaan akademik dan sering mengetepikan kejayaan sahsiah. Kenapa seseorang itu mencuri? Kerana dia merasakan perkara itu tidak salah atau mungkin sekadar untuk suka-suka dan menguji kepandaiannya dalam teknologi. Jikalau dia hebat di alam siber, merupakan seorang pensyarah atau pakar dalam bidang ini, namun sekiranya tiada kesedaran dalam diri, dia boleh menggunakan ilmunya untuk tujuan lain. Pokoknya di sini adalah, pembangunan sahsiah itu penting kerana diri kita yang bakal menentukan sesuatu perkara itu bertukar menjadi baik atau sebaliknya. Pemantauan dari pihak berwajib juga perlu bagi mengurangkan laman web yang tidak berfaedah dari menular dan saya merasakan internet tidak patut diharamkan kerana terdapat segelintir yang amat memerlukan internet dan menggunakannya dengan sebaiknya. Cuma di sini saya ingin tekankan pembangunan sahsiah itu amat penting.
ReplyDeletesekian...